PERSEMBAHAN TARIAN KONTEMPORARI BERCIRI TRADISI MELAYU SEMASA ACARA MALAM ANUGERAH PENJANAAN TNB DI PULLMAN BANGSAR PADA 4 SEPTEMBER 2015

Semasa 4 september yang lalu kumpulan tarian Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan tarian Kontemporari berciri tempatan bersempena Malam Anugerah Penjanaan TNB di Pullman Bangsar http://pullmankualalumpur.com/. Saya dihubungi oleh penganjur acara ini dalam jangka masa yang agak singkat iaitu 10 hari sebelum acara berlangsung. Setelah perbincangan dan perbentangan dilakukan di pejabat TNB Bangsar, penganjur bersetuju untuk mengadakan persembahan tarian kontemporari tetapi mengekalkan ciri tradisi tempatan. Saya telah mencadangkan opening Gambit dengan menggunakan muzik gamelan Kontemporari dan seterusnya persembahan tarian utama yang menggunakan muzik dari Album Noraniza Idris iaitu Rajuk rindu. kami juga telah diminta untuk menyambut tetamu VIP semasa ketibaan mereka. Muzik iringan juga saya sediakan untuk acara ini. Ini juga merupakan kali ketiga TNB menggunakan khidmat kumpulan kami. Yang mana sebelum ini dalam tahun 2015 kami juga mengadakan persembahan untuk Sambutan Hari keselamatan Elektrik dan juga majlis hari raya bahagian akaun TNB baru baru ini. Terima Kasih TNB kerana memberi kepercayaan kepada kami sekali lagi.

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa acara berlangsung.









-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...