KUMPULAN GHAZAL SEMASA PERSEMBAHAN MAJLIS HARI RAYA POLIS WANGSA MAJU DI BALAI POLIS PUDU PADA 10 OGOS 2015




Persembahan Ghazal ini berlangsung semasa Jamuan hari Raya Cawangan Polis Wangsa Maju  pada  10 Ogos 2015 bertempat di Balai Polis Pudu yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara. saya dihubungi oleh OCPD Wangsa Maju En Roy 2 hari sebelum acara berlangsung. Sebenarnya pada waktu yang sama kami juga mengadakan satu lagi persembahan Ghazal di Bangunan Mara. Tetapi saya maklumkan pada Tuan Roy bahawa saya mempunyai 2 set pemuzik Ghazal dan kami masih boleh membuat persembahan di majlis ini. Persembahan berlangsung diperkarangan Balai Polis Pudu. ebby Yus juga turut hadir sebagai emcee yang memeriahkan majlis. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa acara berlangsung. Persembahan Ghazal kali ini diketuai oleh Haqim seorang penyanyi tradisional muda yang pernah menjuarai Bintang Klasik RTM tahun 2009.








Timbalan Ketua Polis Negara sedang beramah mesra bersama kumpulan ghazal anjung tradisi.


Antara video yang sempat dirakam.



Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...